Kekerasan
Asbab Penghijrahan
Adakalanya 'Kekerasan' Menjadi Asbab (Sebab) Penghijrahan ...
Soal ikhlas.
"Ikhlas itu ibarat semut hitam yang berjalan di atas batu yang hitam pada malam yang gelap"
Yang pasti, tiap niat baik dibalas dengan pahala. Itu adalah formula Allah.
Adakalanya kita berbuat baik kerana syarat.
Contoh,
- Sedekah kerana perlukan duit lebih banyak
- Solat Dhuha kerana nak rezeki
- Istighfar kerana mahu kereta idaman
Adakalanya mungkin kita terfikir,
"Tidak ikhlas, baik tak perlu sedekah."
...
Kisah sahabat saya mula berstoking dan berhandsock.
Ketika itu, beliau baru masuk Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang. Fasilitator kebanyakkannya adalah jemaah bertudung labuh, berstoking. Para pelajar baru disyaratkan pakai stoking, dan pin 3.
Ketika itulah beliau mula 'sebati' dengan pakai stoking, seterusnya berhandsock. Dengan izin Allah, alhamdulillah beliau istiqamah sehingga sekarang.
Persoalan di sini,
"Adakah beliau ikhlas ketika memakai stoking yang disyaratkan oleh fasilitator?"
Barangkali mula-mula terasa 'keras' untuk mempraktikkannya kerana bukan kebiasaan. Tetapi dengan izin Allah, ia menjadi asbab untuk beliau berhijrah.
...
Maka, teruskan berbuat kebaikan walau ada syarat. Janji Allah,
"Tiap kebaikan dibalas dengan pahala."
Soal ikhlas yang tiada jawapan pada kita, serahkan kepada Allah untuk menilai. Dengan izin Allah, ia menjadi 'darah daging' untuk sentiasa istiqamah.
...
Antara testimoni pembaca ebook 9 Formula Pantas Seru Rezeki (9FR) yang dikongsi, dengan izin Allah, apabila amalkan formula itu, ia membantu mereka berasa tenang.
Dengan izin Allah, ada antara mereka yang mempraktikkan formula itu secara istiqamah, yang menjadi asbab untuk mereka berhijrah menuju Allah.
Ebook 9 Formula Pantas Seru Rezeki adalah ebook bestseller yang telah membantu ratusan insan, menjemput rezeki bernilai RM 3 – 7 angka.
Di kala ini ebook 9FR tawarkan promosi, dengan mendapatkan pakej bersama ebook Sistem Menjemput Rezeki,
Klik sini --> Kekerasan Asbab Penghijrahan

No comments:
Post a Comment